Tazkirah

BANYAKKAN DOA DALAM RAMADHAN

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul” [Surah al-Baqarah 186]

Bulan Ramadhan dikenali sebagai ‘Syahrud Doa’ iaitu bulan yang dimakbulkan doa. Maka, sepatutnya kita sebagai muslim hendaklah memperbanyakkan doa kerana Allah swt sentiasa bersedia untuk memakbulkan setiap permohonan kita.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan sabdaan Nabi saw, daripada Sayidina Abu Hurairah r.a:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi” (HR Ahmad. Sahih)

Juga diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin ‘Abdillah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa, akan dikabulkan” (HR al-Bazzar dan al-Haitsami)

Inilah kesempatan dan peluang berharga untuk kita banyak memohon kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah swt. Semua harapan dan keinginan kita tumpahkan ke hadhrat Ilahi di bulan suci dan mulia ini kerana orang yang berpuasa memiliki senjata ampuh yang tidak dapat dikalahkan dan pasti dimustajabkan, iaitu doa.

Dalam kesempatan mulia ini mohonlah padaNya:
1. Agar Allah swt memudahkan kita untuk meraih redha dan petunjukNya.
2. Agar Allah memudahkan kita di saat menjelang kematian kita.
3. Mintalah kepadaNya agar memasukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari azab neraka.
4. Mohonlah apa sahaja yang baik-baik yang kita inginkan dari Allah swt.

Jangan lupa dan jangan lalai untuk berdoa di setiap gerakan dalam kehidupan kita. Moga seluruh perbuatan, perlakuan dan gerak geri kita sentiasa bergantung pada Allah swt

Wallahua’lam

  • Tgk. Bakhtiar bin Hanafiah S.Ag MA

  • Apabila terdapat kekeliruan /atau melanggar hak intelektual, maka akan segera kami hentikan publikasikan artikel tersebut. Adapun konfirmasi dapat menghubungi kami melului : 082221897286
  • Materi pada artikel ini sepenuhnya menjadi tanggung jawab penulis.

Rekanan Kantor Hukum

http://www.lawfirm.or.id

Share

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *