Ilmu pengetahuan

ILMU TUNJANG KETAQWAAN

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Luqman 27]

Hidup yang sempurna ialah yang dipandu dengan ilmu pengetahuan. Ini kerana dengan ilmu manusia tidak akan sesat dan tahu apa yang dilakukannya. Ilmu Allah swt tersangatlah luas dan banyak sebagaimana perumpamaan di dalam ayat di atas.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Sepatutnya pada bulan ini kita jadikan sebagai bulan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ini demi memenuhi perintah daripada Allah dan Rasul agar dihidupkan Ramadhan dengan ibadah dan salah satu ibadah yang utama untuk memandu manusia menuju taqwa ialah ilmu.

ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“…Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar (memberikan ilmu) kepada kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” [Surah al-Baqarah 282]

Dikisahkan dalam Thabaqat as-Syafi’iah al-Kubra bahawa al-Qazwini (seorang ulamak bermazhab Syafi’i), selepas solat Tarawih akan membuka majlis tafsir yang dihadiri oleh orang ramai. Beliau menafsirkan surah demi surah semalaman suntuk hingga datang waktu subuh. Kemudian beliau melakukan solat Subuh bersama para jemaah dengan wudhuk solat Isyak. Paginya beliau keluar untuk mengajar di Madrasah Nidhamiyah sebagaimana biasanya.

Berkata al-Imam az-Zahabi rahimahullah di dalam kitab Siyar ‘Alam an-Nubala’ ketika menceritakan tentang biografi Yahya bin Muhammad bin Yahya az-Zuhaili: “Saya mendengar Muhammad bin Soleh berkata: “Saya menghadiri akhir majlis imla’ (guru akan membacakan hadis-hadis kepada murid-murid manakala murid-murid menyalin dan menulisnya) disisi Yahya bin Muhammad pada bulan Ramadhan tahun 267 H”

Imam al-Khalal rahimahullah berkata, telah menceritakan kepadaku Hassan bin Muhammad yang mana beliau mengimla’kan pelajarannya di hari jumaat, setelah selesai solat jumaat dan bukan hanya sekali di bulan Ramadhan tahun 438H di Masjid al-Manshur.”

Terdapat banyak riwayat salafus soleh dan imam-imam besar kaum muslimin yang menunjukkan bahawa mereka menjadikan bulan Ramadhan bulan untuk belajar dan mengajar serta menggali khazanah ilmu Allah yang banyak demi beroleh ganjaran dan kemuliaan yang dijanjikan sepanjang Ramadhan

Wallahua’lam

Penulis : Tgk. Bakhtiar bin Hanafiah. S.Ag ,MA

Desen Open University Malaysia

Nb :

  • Apabila terdapat kekeliruan /atau melanggar hak intelektual, maka segera konfirmasi kepada Pihak kami melelui 082221897286
  • Materi pada artikel ini sepenuhnya menjadi tanggung jawab penulis.

Rekanan Kantor Hukum

http://www.lawfirm.or.id

Share

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *